Carian
Perkhidmatan Google Latitude Ditamatkan Secara Rasminya
August 11, 2013 Aman

Google LatitudeSetelah mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Latitude sebelum ini, pada minggu lepas, pihak Google secara rasminya telah pun menamatkan perkhidmatan tersebut, sekaligus mematikan akses untuknya.

Google Latitude ini ditamatkan oleh Google dalam usaha untuk menarik pengguna untuk berkongsi lokasi mereka dengan lebih aktif melalui Google+, sekaligus menarik pengguna menggunakan perkhidmatan sosial mereka.

Google Latitude tidak lagi disertakan pada aplikasi Google Maps baru mereka, selain mana pihak Google juga turut menamatkan Latitude API, dan juga laman Google Latitude itu sendiri.

Komen