Cari @ Amanz

Dengan bulan September yang menjelang tiba, beberapa peranti dijangka akan diumumkan, dan salah satunya adalah telefon pintar terbaru daripada pihak Apple, iaitu iPhone generasi baru.

Mengikut desas-desus terkini, ia dikatakan Apple akan mengadakan acara khas untuk pengumuman iPhone baru mereka itu pada 10 September kelak (waktu Malaysia 11 September).

Seperti biasa, telefon pintar baru daripada Apple ini kelak bakal menjalankan iOS 7 – yang menyertakan antaramuka baru bersama-sama beberapa kemaskini pada fungsi. Spekulasi awal juga turut mengatakan iPhone generasi baru kelak akan menyertakan sokongan sensor cap jari, selain kemaskini pada cip pemprosesan dan juga kamera.

Selain iPhone biasa, pihak Apple juga turut dikatakan akan hadir dengan variasi telefon pintar versi bajet, sekaligus memfokuskan kepada pasaran negara-negara membangun.

Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah yang bakal diumumkan oleh pihak Apple pada bulan hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd