Cari @ Amanz

Sebelum ini kita telah sedia melihat beberapa gambar paten untuk jam tangan pintar daripada Samsung. Dan berdasarkan kepadanya, kini beberapa gambar konsep hadir dibangunkan oleh perekabentuk bebas, memperlihatkan kemungkinan untuk rekabentuk peranti berkenaan.

Galaxy Gear

Galaxy Gear

Jam tangan pintar daripada Samsung ini dikatakan akan menjalankan sebuah variasi Android, membolehkan ia dihubungkan ke peranti Android dan melihat beberapa kemaskini seperti mesej dan sebagainya melaluinya. Fungsi-fungsi tambahan yang dibawakan olehnya masih tidak diketahui buat masa ini. Peranti ini juga dikatakan akan menyertakan skrin fleksibel bersama-sama dengannya.

Galaxy Gear

Samsung dijangka akan memperkenalkan jam tangan pintar mereka, bersama-sama dengan Galaxy Note pada sebuah acara khas bulan September kelak.

Jadi, mungkinkah jam tangan pintar daripada Samsung kelak akan kelihatan seperti gambaran konsep ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd