HWiNFO Membolehkan Anda Mengetahui Info Sistem Komputer Anda Dengan Lebih Terperinci

HWiNFO Membolehkan Anda Mengetahui Info Sistem Komputer Anda Dengan Lebih Terperinci

Diterbitkan pada Ogos 11, 2013 oleh .

Terdapat beberapa perisian yang menawarkan sokongan untuk melihat spesifikasi sesuatu komputer dengan lebih terperinci seperti, seperti CPU-Z, dan juga Speccy. Untuk pengguna Windows dan DOS, satu lagi perisian dengan fungsi lebih kurang sama adalah HWiNFO.

HWiNFO

HWinfo

HWiNFO menganalisa sistem sesuatu komputer, dan menawarkan maklumat terperinci mengenainya. Melaluinya, pengguna boleh mengetahui pelbagai perkara berkaitan dengan hardware komputer mereka, disamping turut ketahui info tambahan, seperti melihat suhu semasa dan sebagainya.

Bagi mereka yang sering bermain-main dengan hardware komputer anda, mungkin anda boleh memuat-turun HWiNFO dan mencubanya pada sistem anda.

Muat-Turun HWiNFO untuk Windows


TIPS & ULASAN