Cari @ Amanz

Phablet daripada HTC, iaitu HTC One Max telah diperkatakan beberapa kali sebelum ini, dan kini dengan pelancarannya yang disasarkan sekitar bulan September kelak, imej awal untuk peranti berkenaan hadir ke arena internet.

Seperti biasa, ia dikongsikan oleh @EvLeaks, yang mana sedia terkenal dengan memperlihatkan gambar dan imej peranti jauh sebelum ia diumumkan.

HTC One Max T6

Menurut mereka, ia bukanlah gambar imej akhir untuk peranti berkenaan. Jadi, mungkin beberapa penambahan akan hadir pada versi akhir kelak, termasuk berkemungkinan adalah logo Beats pada kerangka belakang.

Mengikut pelbagai spekulasi dan desas-desus awal, telefon pintar HTC One Max ini dijangka akan menyertakan skrin bersaiz 5.9-inci dengan paparan HD penuh, memori 2GB RAM, bateri berkapasiti 3,300mAh dan juga cip pemprosesan Snapdragon 800 bersama-sama dengannya.

Daripada gambar imej awal ini, ia kelihatan peranti ini akan mengekalkan rekabentuk yang lebih kurang enyerupai telefon pintar HTC One mereka yang diperkenalkan pada awal tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd