(Ura-Ura) Tablet Windows Daripada Nokia Pada September, Phablet Pada November

(Ura-Ura) Tablet Windows Daripada Nokia Pada September, Phablet Pada November

Diterbitkan pada Ogos 12, 2013 oleh .

Ura-ura berkaitan dengan Nokia untuk hadir dengan tablet berasaskan Windows, serta phablet Windows Phone bukanlah sesuatu yang baru. Mengikut desas-desus terkini, ia dikatakan Nokia akan memperkenalkan tablet mereka itu pada minggu terakhir bulan September ini.

Walaubagaimanapun, ia masih tidak diketahui berkenaan saiz dan juga spesifikasi yang akan dibawakan olehnya. Sistem operasi yang akan dijalankan padanya, sama ada Windows 8.1 ataupun Windows RT juga menjadi tanda tanya buat masa ini.

Selain tablet, ia turut dikatakan yang mana pengeluar peranti Windows Phone terkemuka itu akan hadir dengan phablet Windows Phone 8 menjelang bulan November kelak.

Kedua-dua produk ini boleh dikatakan masih lagi pada peringkat ura-ura, dan sekiranya benar, mungkin kita akan dapat melihat pengumuman daripada Nokia tidak lama lagi berkaitan dengannya.


TIPS & ULASAN