Cari @ Amanz

Selain daripada tablet HP Slate 7 yang telah mula ditawarkan untuk pasaran tempatan, pihak HP Malaysia juga turut kelihatan turut membawakan satu lagi peranti berasaskan Android, iaitu HP SlateBook 10. Di Malaysia, ia ditawarkan pada harga bermula RM1499.

HP SlateBook x2

HP SlateBook 10 ini hadir dengan beberapa pilihan spesifikasi berbeza dan telah diperkenalkan oleh pihak HP pada bulan Mei yang lepas.

HP SlateBook 10 hadir dengan Android 4.2 Jelly Bean, selain mana dijana menggunakan cip pemprosesan NVIDIA Tegra 4, skrin bersaiz 10.1 inci, dan juga memori sebanyak 2GB RAM.

Ia turut hadir dengan sebuah papan kekunci khas, membolehkan pengguna menggunakan ia sebagai sebuah komputer riba, selain daripada bentuk tablet.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh membuat pembelian HP SlateBook 10 ini melalui HP Malaysia Store, ataupun daripada para pengedar HP seluruh negara.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd