Aplikasi InstaWeather Hadir Untuk Pengguna Windows Phone

Aplikasi InstaWeather Hadir Untuk Pengguna Windows Phone

Diterbitkan pada Ogos 12, 2013 oleh .

Aplikasi InstaWeather telah sedia menawarkan aplikasi mereka untuk pengguna Android dan juga iOS sebelum ini. Kini, mereka menambah sokongan platform mereka, dimana kini turut ditawarkan untuk pengguna Windows Phone.

InstaWeather Windows Phone

Aplikasi InstaWeather membolehkan pengguna untuk menambah info cuaca berdasarkan sesuatu lokasi pada gambar dalam bentuk yang menarik, sebelum gambar tersebut dikongsikan kepada yang lain.

Bagi pengguna Windows Phone yang berminat, anda boleh memuat-turun InstaWeather pada harga RM2.99 daripada Windows Store hari ini.

Muat-Turun InstaWeather untuk Windows Phone (RM2.99)


TIPS & ULASAN