Cari @ Amanz

Pada tahun ini, pihak Apple masih belum melancarkan tablet mereka lagi, dan semestinya perkara ini membawa kepada pelbagai spekulasi. Mengikut laporan terbaru daripada WSJ, ia dikatakan tablet ini kelak akan lebih nipis dan ringan berbanding sedia ada.

Daripada apa yang dilaporkan, iPad generasi baru kelak mungkin akan menggunakan teknologi panel yang sama seperti pada iPad Mini, iaitu berasaskan kepada film.

Dengan menggunakan panel sentuhan berasaskan film, ia membolehkan tablet yang lebih nipis dihasilkan, disamping lebih ringan berbanding menggunakan panel biasa.

Selain daripada iPad biasa (bersaiz 9.7-inci), ramai pengguna turut menantikan iPad Mini 2 yang dikatakan berkemungkinan menyertakan skrin dengan paparan Retina bersama-sama dengannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd