Bolehkah Robert Downey Jr. Membantu Pemasaran Dan Penjenamaan HTC?

Bolehkah Robert Downey Jr. Membantu Pemasaran Dan Penjenamaan HTC?

Diterbitkan pada Ogos 12, 2013 oleh .

Beberapa bulan yang lepas, kita telah sedia mendengar yang mana pihak HTC memilih Robert Downey Jr untuk tujuan pemasaran jenama mereka. Selepas teaser ringkas sebelum ni, kini pihak HTC turut sama hadir dengan sebuah video khas memperlihatkan pelakon berkenaan.

Ia dikatakan pelakon berkenaan akan membawa jenama HTC selama dua tahun, dimana selain berlakon dalam iklan, beliau juga akan memberikan beberapa input kreatif.

Seperti semua sedia maklum, pihak HTC boleh dikatakan agak ketinggalan dari segi promosi dan juga pemasaran, apatah lagi jikalau dibandingkan dengan pihak Samsung dan yang lain. Mungkin dengan bentuk pemasaran baru ini, pihak HTC boleh memperkenalkan jenama mereka dengan lebih meluas lagi, sekaligus memberikan kesan positif kepada jualan peranti mereka di seluruh dunia.


TIPS & ULASAN