Cari @ Amanz

BlackBerry hari ini mengumumkan yang mana mereka sedang melihat kepada beberapa strategi alternatif untuk terus memajukan pembangunan BlackBerry 10, dan antaranya adalah termasuk kerjasama strategik, mahupun menjual syarikat kepada pihak ketiga.

Untuk tujuan ini, pihak BlackBerry telah pun membangunkan sebuah komiti khas, yang mana akan melihat dan mengkaji berkenaan dengannya.

Seperti semua sedia maklum, pihak BlackBerry telah memperkenalkan platform BlackBerry 10 pada awal tahun ini, dan melancarkan tiga telefon pintar sejak daripadanya, iaitu BlackBerry Z10, Q10 dan juga Q5. Namun, ia masih sukar untuk bersaing dengan beberapa pengeluar lain, salah satunya adalah boleh dikatakan disebabkan harga peranti berkenaan, selain daripada kekurangan aplikasi yang ditawarkan melaluinya.

BlackBerry 10

Walaubagaimanapun, pengumuman ini mungkin tidak memberikan sebarang impak kepada perkhidmatan sedia ada daripada mereka, disamping mereka juga mengatakan akan melancarkan aplikasi BlackBerry Messenger (BBM) untuk platform Android dan iOS tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd