Cari @ Amanz

ZTE Open merupakan telefon pintar berasaskan Firefox OS, dan kini pengeluar telefon tersebut mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan telefon tersebut kepada para pengguna seluruh dunia melalui eBay.

Sebagai permulaan, mereka hanya mengumumkan ia akan berharga $79.99 melalui eBay US dan juga £59.99 melalui eBay UK. Ia tidak diketahui lagi sama ada peranti berkenaan akan ditawarkan melalui eBay Malaysia ataupun tidak.

ZTE Open merupakan antara peranti terawal berasaskan Firefox OS, iaitu salah satu platform operasi sumber terbuka, dan memfokuskan kepada teknologi HTML5.

Penawaran melalui eBay ini sekaligus memberikan salah satu medium untuk pihak ZTE terus menjualnya kepada para pengguna, sekaligus membolehkan lebih ramai mendapatkan peranti berkenaan.

Pihak Mozilla mengatakan melalui penawaran ini, ia akan membolehkan para pembangun mahupun mereka yang ingin menjadi pengguna terawal mendapatkannya. Peranti ZTE Open yang ditawarkan melalui eBay ini tidak akan menyertakan sebarang aplikasi khas untuk sesuatu negara, berbeza dengan tawaran melalui syarikat telekomunikasi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd