Sony Bakal Membawakan Lensa-Kamera Yang Boleh Dihubungkan Ke Peranti Android Dan iOS

Sony Bakal Membawakan Lensa-Kamera Yang Boleh Dihubungkan Ke Peranti Android Dan iOS

Diterbitkan pada Ogos 13, 2013 oleh .

Sony sedia diura-ura akan hadir dengan Xperia “Honami” yang akan menyertakan kamera 20-megapixel bersama-sama dengannya. Selain daripada itu, salah satu teknologi baru yang turut sama akan dibawakan oleh pihak Sony adalah “lensa-kamera”.

Melalui lensa-kamera yang boleh dihubungkan ke peranti Android dan iOS ini, ia membolehkan pengguna merakamkan gambar yang lebih jelas dan berkualiti tinggi berbanding rakaman menggunakan lensa terbina pada peranti mereka.

Sony Lensa-Kamera

Daripada apa yang diketahui buat masa ini, lensa ini akan hadir dengan sensor terbina padanya, selain mana turut menyertakan pemprosesor Bionz, sokongan WiFi, NFC serta ruangan untuk kad-SD.

Lensa ini tidak menyertakan sebarang skrin ataupun kawalan untuk rakaman gambar. Untuknya, pengguna perlu menghubungkan ia kepada telefon pintar atau tablet mereka, dan kemudiannya ia akan disambungkan melalui WiFi ataupun NFC.

Sony dikatakan akan melancarkan dua “lensa-kamera” ketika pengenalan, dimana satunya adalah bersama-sama dengan sensor RX100MII yang memberikan kualiti rakaman amat baik, sementara satu lagi adalah sensor CMOS 18-megapixel.

Sony Lensa-Kamera

Buat masa ini, harga jualannya dan bilakah ia akan dilancarkan secara rasminya masih tidak diketahui lagi.


TIPS & ULASAN