Aplikasi “InstaB For Baby” Dilancarkan Untuk Pengguna Android

Aplikasi “InstaB For Baby” Dilancarkan Untuk Pengguna Android

Diterbitkan pada Ogos 13, 2013 oleh .

Mungkin sesetengah pengguna sedia mengenali akan aplikasi InstaB, yang mana menawarkan sokongan menambah teks pada gambar bayi, lebih kurang seperti InstaWeather semua. Kini, setelah hanya ditawarkan untuk pengguna iOS sebelum ini, pembangunnya turut melancarkan aplikasi berkenaan kepada pengguna Android hari ini.

Melalui InstaB ini, pengguna perlu menetapkan tarikh lahir bayi mereka, dan kemudian ia akan menambah teks secara automatik pada gambar bayi, seperti hari yang ke berapa dan sebagainya. Pengguna turut sama boleh memilih mood bayi, selain menambah beberapa perkara lain sebelum berkongsi akan gambar berkenaan.

Bagi para pengguna Android yang berminat, anda boleh memuat-turun InstaB untuk Android secara percuma daripada Google Play Store hari ini.

Muat-Turun InstaB untuk Android


TIPS & ULASAN