Windows 8.1 Dilaporkan Akan Dilancarkan Pada Pertengahan Oktober

Windows 8.1 Dilaporkan Akan Dilancarkan Pada Pertengahan Oktober

Diterbitkan pada Ogos 13, 2013 oleh .

Microsoft kini sedang giat menyiapkan versi sistem operasi terbaru mereka, iaitu Windows 8.1 dan dijangka akan mencapai fasa RTM pada bulan Ogos ini. Namun, mengikut laporan terbaru, ia hanya dijangka akan diperkenalkan kepada umum sekitar pertengahan Oktober sahaja.

Windows 8.1 - Start Screen

Windows 8.1 hadir sebagai kemaskini kepada pengguna Windows 8 yang menyertakan pelbagai fungsi baru dan penambah-baikkan. Ia akan ditawarkan secara percuma melalui Windows Store kelak.

Seperti biasa, mungkin kita akan melihat beberapa peranti baru diumumkan bersama-sama pelancarannya ketika pertengahan Oktober kelak.

Baca : Ulasan Windows 8.1 Preview


TIPS & ULASAN