Samsung bakal mengadakan acara pengumuman Samsung Galaxy Note 3 mereka pada 4 September kelak (awal pagi 5 September waktu Malaysia), dan seperti biasa, pelbagai ura-ura berkaitan dengannya mula kedengaran sejak seminggu dua kebelakangan ini.
Samsung Galaxy Note 3 dikatakan mungkin hadir dengan skrin bersaiz 5.68-inci, dan seperti kebanyakkan peranti Android masa kini, ia akan dilengkapi dengan skrin sentuh dengan resolusi 1080p.
Selain daripada itu, ia turut dikatakan akan dilengkapi dengan sistem operasi Android 4.3 Jelly Bean yang telah diumumkan oleh pihak Google baru-baru ini.
Mengikut desas-desus awal juga, ia dikatakan akan turut hadir dengan kamera belakang 13-megapixel yang turut dilengkapi dengan sokongan OIS (penstabilan imej optikal) bersama-sama dengannya.
Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah yang bakal diumumkan oleh pihak Samsung pada awal September kelak.