Cari @ Amanz

Pihak Rockstar Games masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan dengan permainan Grand Theft Auto 5 untuk platform PC. Sementara ramai yang menantikan pengumuman rasmi pihak Rockstar, kini kelihatan pihak NVIDIA mengatakan yang mana permainan tersebut akan hadir ke PC pada tahun ini.

Perkara tersebut dikongsikan NVIDIA ketika panggilan kewangan mereka baru-baru ini. Selain daripada GTA 5, antara permainan lain yang turut dikatakan akan hadir ke PC adalah termasuk Call of Duty : Ghosts dan juga Assassin’s Creed 4.

Buat masa ini, pihak Rockstar Games hanya sekadar mengatakan yang mana permainan tersebut akan hadir ke PlayStation 3 dan juga Xbox 360, dimana bakal membawakan permainan dunia terbuka yang amat luas dengan pelbagai bentuk kawalan, serta membawakan tiga watak protagonis bersama-sama dengannya.

Permainan GTA 5 akan dilancarkan pada PlayStation 3 dan juga Xbox 360 pada bulan September ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd