Samsung Akan Hadir Dengan Telefon Pintar Tizen Pada Bulan Oktober?

Samsung Akan Hadir Dengan Telefon Pintar Tizen Pada Bulan Oktober?

Diterbitkan pada Ogos 13, 2013 oleh .

Bagi mereka yang mengemarkan sistem operasi alternatif, semestinya salah satu peranti yang dinantikan sejak daripada tahun lepas adalah telefon pintar berasaskan Tizen. Kini, mengikut desas-desus yang terkini, ia dikatakan yang mana Samsung akan hadir dengan telefon pintar berasaskan Tizen mereka kepada umum pada bulan Oktober kelak.

Ia dikatakan yang mana pihak Samsung merancang untuk melancarkan telefon pintar mereka di lima buah negara terlebih dahulu, iaitu Jepun, Amerika Syarikat, Russia, China dan juga Perancis. Untuk makluman, sebelum ini tablet berasaskan Tizen daripada pengeluar lain sedia diperlihatkan di Jepun. Pemilihan negara-negara ini juga mungkin berkait langsung dengan sokongan yang diperlihatkan daripada syarikat telekomunikasi dan juga para pembangun, disamping turut dikatakan berkait dengan pasaran peranti Bada yang kuat di sana.

Buat masa ini, spesifikasi peranti berkenaan, dan bagaimanakah ia akan kelihatan masih tidak diketahui sepenuhnya. Sekiranya desas-desus ini benar, maka mungkin kita akan melihat ia dalam masa lebih kurang dua bulan lagi, sekaligus melihat masa depan Tizen melaluinya.


TIPS & ULASAN