Dengan 9 Hari Berbaki, Mark Shuttleworth Masih Belum Berputus Asa

Dengan 9 Hari Berbaki, Mark Shuttleworth Masih Belum Berputus Asa

Diterbitkan pada Ogos 14, 2013 oleh .

Canonical telah pun memulakan kempen pengumpulan dana untuk Ubuntu Edge lebih kurang tiga minggu yang lepas. Walaupun ia menerima reaksi positif pada permulaan, namun sehingga kini, hanya $9.8 juta sahaja terkumpul daripada sasaran $32 juta.

Namun, seperti biasa, Canonical dan semestinya Mark Shuttleworth sendiri masih belum berputus asa untuknya, dan melalui kemaskini terbaru, Mark berkongsi beberapa perkara dan meminta pengguna mempromosikannya dalam mencapai sasaran tersebut.

Ubuntu Edge

Sehingga kini, lebih daripada 20,000 orang seluruh dunia telah menyumbang untuk projek tersebut, dimana turut melihat pihak Bloomberg menyertainya. Projek ini juga turut menjadi projek terpantas untuk mencapai angka $2 juta, iaitu hanya dalam masa 7 jam 59 minit.

Dengan lebih kurang 9 hari lagi, ia kelihatan seperti agak mustahil untuk mencapai angka tersebut. Apa pun, sama-sama kita lihat bagaimanakah dan apakah akan dibawakan oleh pihak Mark dalam masa beberapa hari lagi.


TIPS & ULASAN