Aplikasi TGV Cinemas Diterbitkan Untuk Android Dan iOS

Aplikasi TGV Cinemas Diterbitkan Untuk Android Dan iOS

Diterbitkan pada Ogos 14, 2013 oleh .

Sepertimana yang dikatakan sebelum ini, kini ia kelihatan pihak TGV telah sedia menerbitkan aplikasi rasmi mereka, dinamakan sebagai TGV Cinemas untuk Android dan juga iOS.

Melalui aplikasi berkenaan, para pengguna boleh menyemak filem-filem yang ditayangkan, dan membuat pembelian tiket menggunakannya.

TGV iOS

Daripada percubaan kami sendiri, ia kelihatan menghadapi sedikit masalah ketika cuba melakukan tempahan. Namun, aplikasi tersebut sendiri berfungsi tanpa sebarang masalah, terutamanya dalam melihat filem apakah yang ditayangkan di pawagam TGV.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turunnya untuk peranti Android atau iOS, dan mencubanya sendiri hari ini.

Muat-Turun Aplikasi TGV Cinemas untuk Android

Muat-Turun Aplikasi TGV Cinemas untuk iOS

Tips daripada Khairil.


TIPS & ULASAN