Nexus 7 Baru Bakal Hadir Ke Pasaran Malaysia Sekitar Pertengahan September

Nexus 7 Baru Bakal Hadir Ke Pasaran Malaysia Sekitar Pertengahan September

Diterbitkan pada Ogos 14, 2013 oleh .

Google telah pun melancarkan Nexus 7 baru mereka beberapa minggu sebelum ini, dan bagi para pengguna tempatan, hari ini pihak Asus Malaysia berkongsi ia akan hadir ke pasaran tempatan sekitar pertengahan September kelak.

Tarikh pasti dan juga harga jualannya masih tidak diumumkan buat masa ini.

Nexus 7 generasi baru masih mengekalkan saiz skrin yang sama, dan membawakan beberapa kemaskini, termasuk skrin dengan paparan yang lebih jelas, sokongan audio yang lebih baik, berserta sokongan kamera. Nexus 7 dijana menggunakan Android 4.3 bersama-sama dengannya.

nexus7-2013


TIPS & ULASAN