Asus Padfone Infinity Bakal Ditawarkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Asus Padfone Infinity Bakal Ditawarkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Ogos 14, 2013 oleh .

Selain beberapa pengumuman beberapa produk Asus yang baru di Malaysia, pengeluar komputer tersebut turut sama berkongsi akan mengenai peranti hibrid mereka, Padfone Infinity yang bakal hadir ke pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Asus Padfone Infinity membawakan dua peranti, iaitu telefon pintar dan juga tablet dalam gabungan satu peranti. Ia membawakan telefon bersaiz 5-inci dengan paparan HD penuh dan sokongan LTE, selain mana turut menyertakan tablet yang boleh di dock dengan telefon pintar berkenaan pada saiz skrin 10.1-inci. Secara keseluruhan, ia dijana menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 600 dan juga Android 4.1 Jelly Bean.

Pihak Asus Malaysia mengatakan ia akan hadir sekitar September atau Oktober kelak. Walaupun tiada sebarang harga dikongsikan, namun dari anggaran kasar, ia dikatakan berkemungkinan sekitar RM2600.


TIPS & ULASAN