Cari @ Amanz

Adblock PlusBagi kebanyakkan pengguna internet, mungkin sedia maklum akan berkenaan Adblock Plus, yang mana berfungsi untuk mengatasi pelbagai jenis iklan yang menganggu pelayaran web pengguna. Kini, setelah memperkenalkan versi beta untuk pengguna IE, hari ini mereka turut melancarkan ia secara rasmi kepada pengguna Internet Explorer.

Seperti semua sedia maklum, Adblock Plus membolehkan pelbagai jenis iklan , iklan pada YouTube mahupun iklan di Facebook dihalang daripada dipaparkan, sekaligus menawarkan pengalaman pelayaran web yang baik.

Namun, memandangkan kebanyakkan web menggunakan iklan untuk menjana pendapatan mereka, Adblock Plus juga turut menyediakan halaman tetapan untuk memaparkan iklan pada web-web pilihan pengguna.

Adblock Plus menyokong pelayar web Internet Explorer 6 dan terkini, selain mana turut menyokong semua versi Windows buat masa ini.

Bagi pengguna Internet Explorer yang berminat, anda boleh memuat-turun ia dan menggunakannya pada pelayar web anda hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd