Google DevFestKL 2013 Akan Diadakan Sekitar November 2013 – Pra-Pendaftaran Dimulakan

Google DevFestKL 2013 Akan Diadakan Sekitar November 2013 – Pra-Pendaftaran Dimulakan

Diterbitkan pada Ogos 14, 2013 oleh .

Bagi para pembangun tempatan, salah satu acara tahunan yang diadakan dengan kerjasama pihak Google adalah Google DevFest Kuala Lumpur. Kini, kelihatan ia akan diadakan di Malaysia untuk kali ke-4, dan tarikh cadangan awal adalah sekitar November 2013 kelak.

Seperti biasa, acara tahunan yang memfokuskan kepada para pembangun ini akan membincangkan beberapa perkara, termasuk berkenaan dengan platform Android, Google Chrome, Maps API, dan sebagainya.

Bagi mereka yang berminat, boleh membuat pra-pendaftaran melalui laman rasmi Google DevFest Kuala Lumpur, dan mendapatkan perkembangan lanjut semasa berkenaan dengannya.


TIPS & ULASAN