Cari @ Amanz

Samsung China hari ini mengemaskini halaman web mereka, sekaligus menyenaraikan telefon pintar terbaru berasaskan Android daripada gergasi Korea Selatan, iaitu Samsung Hennessy.

Samsung Hennessy

Berbeza dengan kebanyakkan telefon pintar hari ini, Samsung Hennessy membawakan rekaan boleh flip, dan hadir dengan dwi-skrin padanya. Dari segi spesifikasi pula, peranti ini dilengkapi dengan skrin bersaiz 3.3-inci, sokongan Android 4.1 Jelly Bean, dan dilengkapi cip pemprosesan dwi-teras 1.2GHz. Peranti ini turut didatangkan dengan kamera 5-megapixel, serta sokongan dwi-SIM bersama-sama dengannya.

Buat masa ini, ia kelihatan telefon pintar boleh flip ini ditujukan untuk pasaran China sahaja, dan tiada sebarang berita dengan penawaran global untuknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd