Cari @ Amanz

Sony IFA 2013Seperti mana yang diura-ura akan sebelum ini, kini ia disahkan yang mana pihak Sony bakal mengadakan sebuah acara media khas pada 4 September ini, bersempena dengan acara tahunan IFA 2013.

Menariknya adalah dimana Sony menjadualkan acara media mereka beberapa jam sebelum acara Samsung, dan ia dijangka pihak Sony akan memperkenalkan beberapa produk baru pada acara berkenaan.

Antara yang diura-ura akan diperkenalkan oleh pihak Sony sebelum ini adalah termasuk telefon pintar Xperia “Honami” dengan sokongan kamera 20-megapixel. Disamping itu, Sony juga dijangka akan memperkenalkan aksesori tambahan untuk Android dan juga iOS, berupa lensa-kamera.

Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah yang akan diumumkan oleh Sony pada 4 September ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd