Windows 8.1 Akan Dilancarkan Kepada Umum Pada 18 Oktober

Windows 8.1 Akan Dilancarkan Kepada Umum Pada 18 Oktober

Diterbitkan pada Ogos 14, 2013 oleh .

Microsoft hari ini berkongsi mengenai tarikh pelancaran Windows 8.1, dimana mereka mengatakan ia akan ditawarkan secara percuma melalui Windows Store pada 18 Oktober ini.

Selain daripada ditawarkan melalui Windows Store, sistem operasi Windows 8.1 juga akan ditawarkan melalui peranti baru, serta secara berasingan di beberapa pasaran pada bulan Oktober kelak.

Windows 8.1 membawakan beberapa kemaskini bersama-sama dengannya, dimana menyertakan sokongan personalize yang lebih banyak, integrasi Skydrive dengan lebih menyeluruh, butang Start, Internet Explorer 11, dan pelbagai perkara baru bersama-sama dengannya.

Baca : Ulasan Windows 8.1 Preview


TIPS & ULASAN