Pengumpulan Dana Ubuntu Edge Melangkaui Angka $10 Juta

Pengumpulan Dana Ubuntu Edge Melangkaui Angka $10 Juta

Diterbitkan pada Ogos 14, 2013 oleh .

Dengan lebih kurang 8 hari berbaki sebelum tempoh pengumpulan dana untuk Ubuntu Edge tamat, kini ia mencatatkan jumlah melebihi $10 juta, dan dilihat semakin bertambah dari hari ke hari.

Namun, melihat daripada trend semasa, ia seperti sukar untuk pihak Canonical mencapai sasaran $32 juta. Tetapi, pihak Canonical seperti masih tidak berputus asa, dan masih meletakkan harapan untuk mencapai angka tersebut.

Ubuntu Edge merupakan telefon pintar daripada pihak Canonical, yang mana didatangkan bersama-sama dengan dua sistem operasi, iaitu Android dan juga Ubuntu Touch. Menariknya, telefon pintar tersebut turut boleh dihubungkan ke skrin monitor, dan akan menjalankan sistem operasi Ubuntu sepenuhnya apabila dilakukan sedemikian.

Apa pun, sama-sama kita lihat apakah yang akan berlaku dalam tempoh 8 hari akan datang ini.


TIPS & ULASAN