HTC Menerbitkan Video Iklan Pertama – Memfokuskan Penjenamaan

HTC Menerbitkan Video Iklan Pertama – Memfokuskan Penjenamaan

Diterbitkan pada Ogos 14, 2013 oleh .

Selepas sebuah video teaser pada awal minggu ini, hari ini pihak HTC telah pun menerbitkan video iklan mereka yang pertama, memfokuskan sepenuhnya kepada penjenamaan syarikat mereka, serta menampilkan hero filem Iron Man bersama-sama dengannya.

HTC (High Tech Computer Corporation) walaupun telah hadir dengan pelbagai peranti Android yang menarik, namun ia boleh dikatakan masih tidak dikenali secara menyeluruh oleh pengguna, apatah lagi ramai yang tidak pernah mendengar akan nama HTC itu sendiri.

Untuk tujuan tersebut, pihak HTC hadir dengan beberapa kata yang menampilkan penggunaan awalan dengan HTC. Beberapa yang digunakan akan menarik, dan mungkin akan menjadi ingatan para pengguna, sekaligus membolehkan mereka mengingatinya apabila nama HTC disebut.

Jadi, apakah maksud HTC untuk anda?


TIPS & ULASAN