LG Dikatakan Akan Hadir Dengan Tablet “G Pad” Bersaiz 8.3-inci

LG Dikatakan Akan Hadir Dengan Tablet “G Pad” Bersaiz 8.3-inci

Diterbitkan pada Ogos 15, 2013 oleh .

Dengan IFA 2013 yang akan diadakan pada awal September ini, beberapa gergasi sedia dilaporkan akan mengumumkan beberapa peranti mereka, dan kini kelihatan LG turut tidak ingin ketinggalan dan akan hadir dengan tablet dengan skrin resolusi tinggi pada acara berkenaan.

Mengikut laporan awal, tablet yang dinamakan sebagai “LG G Pad” ini dikatakan akan membawakan skrin bersaiz 8.3-inci (dengan resolusi 1920×1200 pixel), serta dilengkapi dengan memori 2GB RAM bersama-sama dengannya. Tablet ini dijangka akan menjalankan cip empat-teras dan juga berasaskan Android.

Maklumat lanjut berkaitan tablet ini masih lagi samar-samar buat masa ini. Namun, dengan pengumuman LG G2 sebelum ini, mungkin ramai yang menantikan tablet G Pad daripada pihak LG ini.


TIPS & ULASAN