iCloud.com Beta Kini Membawakan Rekabentuk Selari Dengan iOS 7

iCloud.com Beta Kini Membawakan Rekabentuk Selari Dengan iOS 7

Diterbitkan pada Ogos 15, 2013 oleh .

Selain daripada iOS 7 dan juga OS X Mavericks, pihak Apple juga sebelum ini mengumumkan beberapa penambahan fungsi baru pada iCloud versi web. Dan kini kelihatan, salah satu perubahan yang akan disertakan adalah antaramuka baru pada perkhidmatan web tersebut.

iCloud.com Beta

iCloud.com Beta

Daripada laman iCloud.com Beta yang dikemaskini hari ini, ia kelihatan membawakan rekabentuk yang baru, selari dengan rekabentuk iOS 7.

iCloud.com versi baru ini turut menyertakan sokongan penyuntingan dokumen atas talian, selain mana membolehkan pengguna menguruskan peranti mereka, serta menggunakannya dalam membuat carian lokasi semasa peranti mereka sekiranya hilang.

Berkemungkinan, kita akan dapat melihat ia dilancarkan bersama-sama pengumuman iOS 7 versi baru kelak pada bulan September.


TIPS & ULASAN