Aplikasi Google+ Untuk Android Dikemaskini Dengan Pelbagai Perubahan

Aplikasi Google+ Untuk Android Dikemaskini Dengan Pelbagai Perubahan

Diterbitkan pada Ogos 15, 2013 oleh .

Untuk menarik lebih ramai menggunakan perkhidmatan Google+ dengan aktif, pihak Google sering hadir dengan pelbagai kemaskini untuknya. Terkini, pihak Google memperkenalkan kemaskini untuk Google+ yang membawakan beberapa penambah-baikkan untuk pengguna Android.

Salah satu perubahan yang akan dibawakan adalah tiada lagi penyertaan aplikasi Messenger bersama-sama dengannya, sebaliknya Google kelihatan akan memfokuskan sepenuhnya kepada Hangouts. Perkara ini telah diperkatakan beberapa kali sebelum ini, dan daripada apa yang diketahui, Google akan menawarkan kebolehan untuk mengeksport kandungan di Messenger melalui Google Takeout.

Selain itu, Google+ untuk Android juga akan membawakan kebolehan perkongsian lokasi yang lebih baik, selain mana membolehkan pengguna untuk bertukar-tukar akaun dengan lebih mudah melaluinya.

Gambar dan video daripada Google Drive juga dikatakan boleh diakses melalui kemaskini Google+ untuk Android ini.

Google dijangka akan memperkenalkannya dalam minggu ini untuk semua pengguna Android, dan mungkin akan hadir untuk iOS juga tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN