Humble Origin Bundle Hadir Dengan Beberapa Permainan Menarik Dari EA

Humble Origin Bundle Hadir Dengan Beberapa Permainan Menarik Dari EA

Diterbitkan pada Ogos 15, 2013 oleh .

Bagi mereka yang sering membeli permainan, termasuk permainan indie, mungkin sedia mengenali akan Humble Bundle. Hari ini, mereka hadir dengan Humble Origin Bundle, dimana seperti namanya, menawarkan beberapa permainan daripada EA Origin kepada para pemain seluruh dunia.

Antara permainan yang ditawarkan melalui Humble Origin Bundle adalah Dead Space, Crysis 2, Burnout Paradise, Mirror’s Edge, Dead Space 3 dan juga Medal of Honor. Sekiranya pengguna membayar harga purata, maka mereka juga akan mendapat Battlefield 3 dan juga The Sims 3.

Seperti biasa, bagi mereka yang berminat, boleh mendapatkan Humble Origin Bundle ini dengan menyumbang sekurang-kurangnya $1, dan memuat-turunnya melalui Origin.


TIPS & ULASAN