Lagi Info Memperlihatkan Sokongan Rakaman Video 4K Pada Sony “Honami”

Lagi Info Memperlihatkan Sokongan Rakaman Video 4K Pada Sony “Honami”

Diterbitkan pada Ogos 15, 2013 oleh .

Sony Honami 4K

Dengan IFA 2013 yang menjelang tiba pada awal September ini, pihak Sony dijangka akan memperkenalkan beberapa peranti baru, dan salah satu yang hangat diperkatakan adalah telefon pintar mereka terbaru dengan kamera 20-megapixel.

Sebelum ini, ia sedia dilaporkan sokongan tersebut akan hadir melalui sistem fail yang tertiris ke arena web. Terkini, sebuah gambar fail persembahan tertiris, memfokuskan kepada sokongan rakaman 4K pada peranti berkenaan.

Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah lagi sokongan lain yang akan dibawakan oleh pihak Sony pada IFA 2013 kelak.


TIPS & ULASAN