Cari @ Amanz

Salah satu permainan terbaru daripada PopCap yang dinantikan ramai adalah Plant vs Zombies 2, dan hari ini kelihatan ia telah diterbitkan untuk pengguna tempatan, membolehkan mereka memuat-turun dan memainkannya secara percuma.

Plant vs Zombies 2 ditawarkan secara percuma, berbanding dengan versi asal, tetapi sebaliknya mengintegrasikan sokongan pembayaran dalam aplikasi.

Seperti biasa, ia membawakan beberapa tahap pemainan baru, disamping pelbagai perkara baru bersama-sama dengannya.

Untuk memainkannya, pengguna perlu menggunakan platform iOS 5.1 dan terkini, dan daripada ujian kami, iPad generasi pertama gagal untuk memasangnya, memandangkan ia memerlukan sokongan kamera hadapan pada tablet.

Ia tidak diketahui lagi bilakah versi Android akan diterbitkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd