Lagi Info Berkenaan Tablet Windows RT Daripada Nokia Kedengaran

Lagi Info Berkenaan Tablet Windows RT Daripada Nokia Kedengaran

Diterbitkan pada Ogos 15, 2013 oleh .

Sebelum ini, beberapa desas-desus sedia mengatakan yang mana pihak Nokia akan hadir dengan tablet berasaskan Windows RT mereka. Kini, beberapa info berkenaan kedengaran, dan dikatakan akan diperkenalkan oleh Nokia pada bulan September ini.

Lakaran Tablet Nokia

Mengikut ura-ura yang kedengaran, ia dikatakan tablet ini akan menyertakan skrin bersaiz 10.1-inci, disamping dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 800 2.15GHz, sokongan paparan 1080p, serta dilengkapi dengan memori terbina 32GB.

Fungsi lain yang turut dijangka akan disertakan adalah termasuk sokongan USB, mikro-HDMI dan juga USB 3.0. Tablet ini dikatakan akan hadir dengan sebuah papan kekunci yang boleh ditanggalkan – lebih kurang seperti Surface daripada Microsoft. Tablet Nokia ini turut dijangka akan ditawarkan dalam beberapa warna, termasuk warna cyan.

Seperti biasa, tiada sebarang pengesahan rasmi buat masa ini, dan pihak Nokia masih senyap tanpa sebarang komen daripada pihak mereka.


TIPS & ULASAN