Dengan hadirnya Windows 8, pelbagai aplikasi dan perisian dioptimasikan untuk paparan Metro. Mozilla seperti biasa tidak ketinggalan, dan dijangka akan melancarkan Firefox versi Metro menjelang bulan Disember kelak.
Untuk makluman, pihak Mozilla sedia menawarkan Firefox versi Metro bersama-sama versi pembangunan mereka – Firefox Nightly. Mengikut kemaskini halaman Wiki mereka, kini pihak Mozilla menjadualkan pelancaran sekitar Disember kelak, lewat sebulan daripada perancangan awal.
Sokongan antaramuka baru ini dijangka akan disertakan bersama-sama Firefox 26, dimana kita mungkin akan melihat ia hadir pada saluran Aurora pada bulan September, dan saluran Beta pada penghujung Oktober kelak.