Cari @ Amanz

Nokia Lumia 625 merupakan salah satu telefon pintar terbaru daripada pihak Nokia, yang mana dilengkapi dengan Windows Phone 8 dan sokongan LTE. Di Malaysia, pihak Nokia bakal melancarkannya secara rasmi pada minggu hadapan.

Lumia 625 Malaysia

Peranti ini juga turut menyertakan skrin bersaiz 4.7-inci, selain mana dijana menggunaka cip dwi-teras 1.2Ghz dan juga memori 512MB RAM.

Buat masa ini, harga jualannya masih tidak diketahui lagi. Seperti semua sedia maklum, Lumia 620 telah ditawarkan pada harga RM799 ketika pengenalannya sebelum ini, dan mungkin peranti Lumia 625 ini akan ditawarkan pada harga lingkungan tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd