Samsung Galaxy S II TV Dilancarkan Di Brazil

Samsung Galaxy S II TV Dilancarkan Di Brazil

Diterbitkan pada Ogos 15, 2013 oleh .

Samsung sedia menawarkan beberapa peranti khusus untuk sesuatu negara, dan kini di Brazil, mereka turut hadir dengan sebuah peranti dwi-teras khusus, didatangkan terbina bersama-sama penerima TV digital.

Samsung Galaxy S II TV

Telefon pintar berasaskan Android 4.2.2 Jelly Bean ini hadir dengan skrin bersaiz 4-inci, serta menyertakan cip pemprosesan dwi-teras 1GHz, kamera 5-megapixel, serta bateri berkapasiti 1500mAh.

Dari segi spesifikasi sendiri, kita sedia melihat ianya sebagai peranti dengan spesifikasi pertengahan. Untuk peranti ini, sokongan televisyen didatangkan sebagai nilai tambah. Namun, kelihatan seperti tiada sebarang perancangan untuk memasarkannya di luar Brazil buat masa ini.


TIPS & ULASAN