Carian
Facebook Dikatakan Akan Hadir Dengan Sistem Pembayaran Seumpama PayPal
August 15, 2013 Aman

PayPal sedia digunakan ramai pengguna seluruh dunia sebagai platform pembayaran pada web ataupun melalui peranti mudah-alih. Dan kini, mengikut laporan awal, pihak Facebook turut dikatakan akan hadir dengan platform yang lebih kurang sama.

Seperti semua sedia maklum, pihak Facebook sedia mempunyai beberapa data pengguna yang melakukan pembelian dalam aplikasi, ataupun membeli Facebook Gift pada laman sosial tersebut. Dan melalui apa yang diketahui, pihak Facebook dikatakan sedang menguji untuk menggunakan platform pembayaran mereka pada perkhidmatan pihak ketiga.

Melaluinya, sama seperti Facebook Connect, pengguna hanya perlu menguruskan data mereka melalui Facebook, dan boleh melakukan pembayaran pada sebarang perkhidmatan lain dengan mudah.

Buat masa ini, Facebook dikatakan pada peringkat awal percubaan, dan mungkin sekiranya hasilnya menarik, mereka akan melancarkan ia kepada umum. Ia turut dikatakan yang mana pihak Facebook lebih memfokuskan kepada mobile-chekcout berbanding platform pemprosesan pembayaran sepenuhnya.

Seperti biasa, mungkin sesetengah pengguna tidak akan memberikan maklumat kredit mereka kepada Facebook, mahupun sebarang laman sosial. Namun, sekiranya Facebook berjaya menarik pengguna menggunakan perkhidmatan platform pembayaran mereka, maka mungkin kita akan turut melihat apakah perkembangan semasa dan apakah yang dibeli oleh rakan-rakan anda terus di laman Facebook.

Komen