Dengan permainan Grand Theft Auto V yang akan dilancarkan pada bulan hadapan, ia juga akan menyertakan permainan Grand Theft Auto Online, dan akan dilancarkan secara rasmi untuk pemain memainkannya bersama-sama rakan lain bermula 1 Oktober.
Grand Theft Auto Online akan membolehkan sehingga 16 pemain memainkan sekali pada dunia terbuka GTA, sekaligus membolehkan mereka bekerjaama dan bersaing dalam menyelesaikan sesuatu misi.
Selain menjalankan misi permainan, pengguna juga turut sama boleh membangunkan watak mereka, termasuk mengubah penampilan, membeli hartanah, dan sebagainya melalui permainan tersebut.
Pihak Rockstar turut mengatakan yang mana pelbagai kandungan baru akan ditambah dari masa ke semasa pada permainan GTA Online tersebut.