Nokia Mengumumkan Kemaskini Lumia Amber Untuk Peranti WP8

Nokia Mengumumkan Kemaskini Lumia Amber Untuk Peranti WP8

Diterbitkan pada Ogos 16, 2013 oleh .

Setelah memperlihatkan beberapa fungsi yang akan dibawakan melalui kemaskini Lumia Amber, hari ini pihak Nokia telah pun mengumumkan secara rasmi pengenalan kemaskini tersebut kepada semua peranti Windows Phone 8 mereka.

Lumia Amber membawakan beberapa penambahan fungsi, termasuk antaranya adalah pemprosesan imej yang lebih baik, aplikasi Nokia Smart Camera, selain mana turut menyertakan pemain radio FM, kemaskini kepada Xbox Music dan juga Internet Explorer.

Nokia juga turut menyertakan Nokia Glance Screen, dimana ia memaparkan sebuah jam apabila peranti tidak aktif, dan pengguna boleh double-tap untuk mengakses peranti mereka.

Kemaskini ini dijangka akan diperkenalkan secara berperingkat, dimana pengguna Lumia 920 dan Lumia 820 akan menerimanya terlebih dahulu, dan diikuti peranti lain termasuk Lumia 520, 620, dan juga 720. Semua pengguna dijangka menerimanya menjelang penghujung September kelak.

Bagi mereka yang ingin menyemak, anda boleh ke halaman Settings dan pilih Phone Update.


TIPS & ULASAN