Apple Memperkenalkan Kemaskini iOS 7 Beta 6 Kepada Para Pembangun

Apple Memperkenalkan Kemaskini iOS 7 Beta 6 Kepada Para Pembangun

Diterbitkan pada Ogos 16, 2013 oleh .

Dengan bulan September yang semakin hampir, pihak Apple kelihatan sedang menyiapkan sistem operasi iOS 7 mereka secepat mungkin, dan hari ini turut mengeluarkan kemaskini iOS 7 Beta 6 kepada para pembangun.

Kemaskini Beta 6 ini boleh dikatakan hanya sekadar kemaskini kecil, mengatasi beberapa masalah yang telah sedia dikenal pasti, terutamanya berkaitan dengan iTunes.

Bagi para pembangun yang sedia menggunakan iOS 7 Beta, anda boleh mengemaskini peranti anda dengan memuat-turun fail bersaiz sekitar 14MB ini hari ini.


TIPS & ULASAN