Cari @ Amanz

Drama antara Microsoft dan juga Google untuk aplikasi YouTube pada Windows Phone berterusan, dimana, setelah memperkenalkan semula ia pada awal minggu ini, hari ini kelihatan Google menghalang akses untuk aplikasi berkenaan.

YouTube - Windows Phone

Google seperti sebelum ini, mengatakan Microsoft melanggar terma dan syarat YouTube, membuatkan mereka terpaksa menghalang akses aplikasi berkenaan. Daripada apa yang dikatakan Google, aplikasi baru ini tidak memperlihatkan iklan seperti yang ditetapkan oleh penyedia kandungan di YouTube.

Selain daripada itu, Microsoft turut mengatakan ia mungkin juga adalah kerana aplikasi YouTube mereka bukan berasaskan HTML5.

Microsoft pula seperti biasa, menyalahkan pihak Google, dan mengatakan apa yang ditetapkan oleh Google adalah sukar untuk diatasi, dan Google tidak memberikan informasi penuh supaya mereka boleh menawarkannya.

Microsoft sekali lagi mengatakan mereka sedia bekerjasama dengan Google untuk menyelesaikan pelbagai masalah berkaitan dengannya, dan turut meminta Google daripada tidak lagi menghalang akses aplikasi YouTube berkenaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd