Bagi para pengemar permainan lumba kereta pada peranti mudah-alih, salah satu permainan yang sedia popular daripada Gameloft adalah Asphalt. Terkini, versi terbarunya, iaitu Asphalt 8 : Airborne bakal dilancarkan pada minggu hadapan – 22 Ogos.
Seperti biasa, ia membawakan kemaskini dari segi grafik dan juga permainan melalui versi terbaru ini. Kami sendiri akan hadir dengan pandang pertama ataupun ulasan permainan ini dalam masa beberapa hari lagi.
Untuk permulaan, Gameloft bakal memperkenalkannya untuk Android dan iOS pada harga hanya $0.99. Mungkin juga kita akan melihat ia hadir pada beberapa platform lain, namun pihak Gameloft masih tidak mengeluarkan sebarang butiran mengenainya buat masa ini.