Desas-desus mengenai tablet daripada Nokia bukanlah sesuatu yang baru. Lanjutan daripada laporan sebelum ini yang mengatakan Nokia akan hadir dengan tablet baru mereka pada bulan September kelak, kini sebuah gambar yang dikatakan sebagai tablet Nokia tertiris ke arena web.
Tiada info yang banyak boleh didapati daripada tablet berkenaan, memandangkan hanya bahagian kerangka belakang sahaja yang ditunjukkan.
Daripada apa yang dilihat, ia memaparkan logo Nokia, selain mana turut menyertakan logo Windows RT dan juga 4G LTE. Perkara ini sekaligus memberikan idea berkenaan ia akan menjalankan sistem operasi Windows RT, dan pada masa yang sama membawakan sokongan rangkaian LTE melaluinya.
Buat masa ini, Microsoft sedia menawarkan Surface RT mereka pada harga sekitar RM1099, dan semestinya tablet daripada Nokia ini salah satu yang dinantikan, dan mungkin juga ia akan ditawarkan dalam pelbagai pilihan warna, seumpama peranti keluarga Lumia mereka.