Cari @ Amanz

Umum mungkin sedia ketahui akan kempen pengumpulan dana terbuka yang sedang dilakukan oleh pihak Canonical untuk pengeluaran peranti Ubuntu Edge. Menariknya, dengan tempoh kurang seminggu lagi, kini mereka mencipta rekod tersendiri untuknya.

Terkini, pengumpulan dana untuk Ubuntu Edge telah pun mencapai angka $10.3 juta, sekaligus memecahkan angka $10.2 juta yang pernah dipegang oleh Pebble Watch sebelum ini.

Dengan masa kurang seminggu lagi, ia kelihatan seperti sukar untuk pihak Canonical mencapai angka $32 juta yang disasarkan oleh mereka.

Ubuntu Edge adalah telefon pintar daripada Canonical yang membawakan dwi-sistem operasi, selain turut boleh digunakan sebagai komputer apabila dihubungkan ke monitor. Pihak Canonical menawarkan ia melalui laman kempen mereka pada harga $695.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd