Galaxy Gear Akan Membolehkan Pengguna Membuat Panggilan, Melayari Web Dan Mengakses Emel

Galaxy Gear Akan Membolehkan Pengguna Membuat Panggilan, Melayari Web Dan Mengakses Emel

Diterbitkan pada Ogos 16, 2013 oleh .

Pelbagai laporan telah pun sedia mengatakan yang mana pihak Samsung akan hadir dengan jam-tangan pintar mereka pada bulan hadapan, dan kini Bloomberg turut sama mengatakan perkara yang sama.

Menurut Bloomberg, jam tangan pintar daripada Samsung ini kelak akan dinamakan sebagai Galaxy Gear, dan akan membolehkan pengguna membuat panggilan telefon, melayari web, dan menguruskan emel melaluinya.

Memandangkan namanya, “Galaxy”, maka ia akan dijana menggunakan sistem operasi Android, dan berkemungkinan menyertakan antaramuka khas daripada Samsung.

Namun, berbeza dengan beberapa spekulasi awal, Galaxy Gear yang akan diperkenalkan pada bulan hadapan dikatakan tidak akan menyertakan skrin fleksibel.

Galaxy Gear dijangka akan diperkenalkan pada hari yang sama dengan Galaxy Note 3.


TIPS & ULASAN