Microsoft Secara Tidak Sengaja Cuba Menapis Pautan Muat-Turun OpenOffice

Microsoft Secara Tidak Sengaja Cuba Menapis Pautan Muat-Turun OpenOffice

Diterbitkan pada Ogos 16, 2013 oleh .

Microsoft, seperti kebanyakkan penjual perisian, sering meminta Google dan beberapa enjin carian lain untuk membuang pautan muat-turun tidak sah. Namun, ia kelihatan, pihak Microsoft “secara tidak sengaja” turut menyertakan pautan OpenOffice melalui notisnya.

Berkemungkinan pihak Microsoft menggunakan perisian automatik dalam membuat carian di laman-laman torrent, dan memandangkan nama OpenOffice dan Microsoft Office agak sama, maka pautan tersebut turut disertakan oleh Microsoft.

Seperti biasa, pihak Microsoft masih tidak mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan perkara ini buat masa ini.


TIPS & ULASAN