Permainan Dots Turut Dilancarkan Untuk Pengguna Android

Permainan Dots Turut Dilancarkan Untuk Pengguna Android

Diterbitkan pada Ogos 16, 2013 oleh .

Permainan berbentuk kasual, Dots telah pun dilancarkan untuk pengguna iOS pada bulan Mei yang lepas, dan kini selepas lebih 3 bulan, ia turut hadir ke peranti Android.

Dots membawakan permainan yang berbentuk kasual dan ringkas, dimana memerlukan pengguna menghubungkan seberapa banyak titik dalam suatu tempoh masa. Seperti biasa, ia memfokuskan pengguna untuk memainkannya ketika masa terluang.

Dots menerima pujian ramai disebabkan oleh antaramuka permainan tersebut sendiri yang kemas, disamping membawakan cara permainan yang tampak ringkas, tetapi sedikit mencabar.

Bagi para pengguna Android yang berminat, anda boleh memuat-turun permainan ini secara percuma daripada Google Play Store hari ini.

Muat-Turun Dots untuk Android


TIPS & ULASAN